Risikan Turki turut lakukan siasatan - Utusan Malaysia

Risikan Turki turut lakukan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 19 Mac – Perkhidmatan risikan Turki sedang melakukan siasatan mengenai serangan bersenjata di Belanda bagi memastikan sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan pengganas atau kemungkinan ‘pertikaian keluarga’.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan susulan penahanan seorang lelaki kelahiran Turki mengenai insiden tembakan di dalam sebuah trem di Utrecht yang mengorbankan tiga orang manakala lima yang lain cedera.

Polis Belanda memaklumkan perkara itu disiasat terhadap kemungkinan serangan pengganas termasuk motif lain seperti pertikaian keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkhidmatan risikan kita sedang menyiasat semuanya,” jelas Recep Tayyip kepada Ulke TV di sini.

Menurut media, suspek utama, Gokmen Tanis berasal dari Yozgat, tengah Turki.

Agensi berita DHA melaporkan, bapa suspek, Mehmet Tanis berkata, dia terputus hubungan dengan Gokmen sejak 2008 selepas anaknya itu bercerai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini