Bekalan air di Petaling, Hulu Langat dan Sepang terganggu - Utusan Malaysia

Bekalan air di Petaling, Hulu Langat dan Sepang terganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Gangguan bekalan elektrik di kawasan Seri Kembangan hari ini menyebabkan beberapa rumah pam di kawasan tersebut terhenti operasi.

Ini menyebabkan beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual secara berperingkat.

KAWASAN-KAWASAN yang mengalami gangguan bekalan air di wilayah Sepang. - UTUSAN ONLINE
KAWASAN-KAWASAN yang mengalami gangguan bekalan air di wilayah Sepang. – UTUSAN ONLINE

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan mengambil segala tindakan perlu bagi mempercepat proses pemulihan.

Memuatkan artikel berkaitan…
KAWASAN-KAWASAN yang mengalami gangguan bekalan air di wilayah Hulu Langat. - UTUSAN ONLINE
KAWASAN-KAWASAN yang mengalami gangguan bekalan air di wilayah Hulu Langat. – UTUSAN ONLINE

“Sila rujuk aplikasi telefon pintar “Air Selangor” serta laman sesawang www.syabas.com.my untuk senarai kawasan terjejas dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini