Presiden BWF mahu Chong Wei beraksi dalam Olimpik 2020 - Utusan Malaysia

Presiden BWF mahu Chong Wei beraksi dalam Olimpik 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI 18 Mac – Presiden Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen amat berharap jaguh perseorangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dapat memenuhi impiannya untuk beraksi dalam Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Pada usia 36 tahun, peluang Chong Wei untuk beraksi dalam Terbuka Malaysia pada 2-7 April depan masih samar biarpun kelayakan Sukan Olimpik akan bermula dari April 2019 hingga 26 April 2020.

Chong Wei belum beraksi dalam kejohanan kompetitif sejak berehat lapan bulan kerana menjalani rawatan kanser hidung, namun Presiden Persatuan Badmiton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sentiasa menyokong bekas pemain No. 1 dunia itu untuk membuat kemunculan semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harapan dan doa saya agar Lee Chong Wei dapat memenuhi impiannya.

“Saya tahu impiannya adalah beraksi dalam Sukan Olimpik 2020,” kata Hoyer Larsen, yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 1996 di Atlanta.

Hoyer Larsen sebelum itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara BWF dan Naib Presiden Kanan Khas Sukan dan Kesihatan Olimpik, Drew Boshell di sini, hari ini.

Chong Wei, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik kini berada di Taiwan untuk menjalani pemeriksaan sebelum mendapat kelulusan doktor sama ada boleh beraksi atau tidak dalam Terbuka Malaysia. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini