Pemandu lori tangki ditahan buang sisa kimia di Taman Eng Ann - Utusan Malaysia

Pemandu lori tangki ditahan buang sisa kimia di Taman Eng Ann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang pemandu lori tangki diberkas petang tadi selepas disyaki terlibat dalam pembuangan sisa bahan kimia di kolam tadahan banjir di Taman Eng Ann di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pukul 4.30 petang di sebuah rumah di Jeram, Kuala Selangor. 

Katanya, turut dirampas adalah sebuah treler tangki jenis Hino. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki menerima tempahan daripada sebuah syarikat bagi melakukan pembuangan sisa kimia itu. 

“Semakan rekod mendapati suspek tiada mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Jelas beliau, pihaknya akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek esok dengan kes disiasat mengikut Seksyen 277 Kanun Keseksaan. 

Kosmo Online sebelum ini melaporkan kolam tadahan Taman Eng Ann itu dikesan tercemar dengan bahan kimia yang masih belum dikenal pasti dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan bahan pencemar itu memasuki aliran air di kawasan berkenaan selepas menerima aduan orang awam 6 petang, Khamis lalu. 

Hasil sampel yang diambil di kolam itu mendapati terdapat sebanyak 21 jenis bahan kimia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini