Kante lapor diri sesudah subuh - Utusan Malaysia

Kante lapor diri sesudah subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 18 Mac – Teruja untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan, bintang tengah Chelsea, N’Golo Kante tiba di pusat latihan Perancis hampir enam jam lebih awal daripada yang diarahkan.

Menurut akhbar Perancis, L’Equipe, pemain berusia 27 tahun itu tiba di Clairefontaine pada pukul 6.30 pagi walaupun pendaftaran masuk pemain hanya dibuka pada pukul 12 tengah hari.

Kante dikatakan mengambil penerbangan awal dari London ke Paris sejurus selepas menyarung jersi Chelsea ketika pasukan itu tewas 0-2 kepada Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut L’Equipe, penyerang Bayern Munich, Kingsley Coman juga tiba awal di ibu pejabat persatuan bola sepak Perancis iaitu pada pukul 11 pagi.

Perancis yang akan menentang Moldova dan Iceland dalam kelayakan Kejohanan Europa (Euro) 2020 pada Jumaat serta Isnin depan turut menyenaraikan tonggak yang membawa mereka muncul juara Piala Dunia 2018 seperti Paul Pogba, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.

Kesemua pemain tersebut hanya akan tiba di Clairefontaine pagi ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini