Dasar baharu pos, kurier diteliti - Utusan Malaysia

Dasar baharu pos, kurier diteliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Dasar-dasar baharu yang berkaitan dengan industri pos dan kurier negara akan diteliti bagi membolehkan bidang tersebut mampu bersaing secara mampan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, tanggungjawab tersebut akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada pemain-pemain industri dan pihak berkepentingan.

Tambah suruhanjaya tersebut, hala tuju dan pelan tindakan komprehensif juga akan dirangka oleh jawatankuasa itu, sebelum dikemukakan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam tempoh 30 hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara objektif lain pembentukan jawatankuasa khas itu adalah memodenkan sistem poskad kebangsaan bagi meningkatkan produktiviti di peringkat akhir.

“Di samping itu, jawatankuasa khas tersebut bertanggungjawab mengemukakan langkah untuk mempertingkatkan sistem keselamatan rangkaian pos dan kurier negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini