BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 19 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 19 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Awang lega dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang menjelaskan pemindahan aset Lembaga Tabung Haji kepada syarikat tujuan khas (SPV) tidak akan menjejaskan pemberian hibah yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Beliau juga menegaskan, pemindahan itu untuk menjaga kepentingan pendeposit dan membolehkan mereka mendapat pengagihan hibah bersesuaian Akta Tabung Haji 1995 iaitu aset mestilah melebihi tanggungan sekiranya dividen mahu dikeluarkan.

Justeru, Awang berharap umat Islam yang menabung dengan Tabung Haji tidak panik dan gelisah memandangkan hibah tahun ini agak lewat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun Awang tetap berdoa agar tidak tercetus sebarang kontroversi melibatkan Tabung Haji kerana ia antara institusi pengurusan haji terbaik di dunia. Jangan jejaskan kredibiliti Tabung Haji dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Kepada pendeposit pula, dalam apa pun keadaan jangan dengar khabar angin mengenai Tabung Haji . Kalau ada perkara yang musykil, tanya sahaja Tabung Haji . Ini kerana Tabung Haji adalah salah satu institusi umat Islam yang perlu dipertahankan.

AWANG – Sentiasa rindu Mekah, Madinah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini