TAHNIAH kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Imigresen atas kejayaan melumpuhkan kegiatan penyalahgunaan cap keluar dan masuk sempadan utama negara dengan tertangkapnya 44 individu termasuk 27 pegawai Imigresen kelmarin.
Walaupun masih belum disabitkan dengan kesalahan tersebut tetapi jika tidak ada bukti yang meyakinkan, tidak mungkin SPRM akan bertindak.
Bagi rakyat biasa, pembongkaran itu memang mengejutkan. Pelbagai reaksi dapat dibaca dalam media sosial. Ramai yang menyifatkannya sebagai satu pengkhianatan kepada negara.
Jumlah warga asing yang terlibat bukan kecil. Implikasi terhadap tindakan mereka itu kepada negara sangat besar dan berbahaya. Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang sudah membolosi sempadan negara kita.
Mungkinkah yang terlepas itu adalah anggota sindiket jenayah atau mungkin juga ejen negara asing yang bertujuan memporak-perandakan negara kita. Kita tidak tahu. Kita bimbang ada yang mengambil kesempatan.
Apabila sudah berjaya membolosi sempadan, kumpulan ini tidak akan berdiam diri sahaja. Apa langkah mereka seterusnya. Tentunya mencari dokumen supaya mereka boleh tinggal dan bergerak bebas di sini. Mereka mahu jadi rakyat tempatan.
Dari situ, bermula pula kegiatan jenayah yang lain. Pemalsuan MyKad salah satu sasaran mereka. Tidak hairanlah jika ada pendatang asing yang sudah berada di negara ini sehingga menjangkau empat generasi.
Sebab itu, rakyat mengharapkan, jika 44 individu itu disabitkan kesalahan kelak, mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang paling berat kepada mereka. Selain Akta SPRM 2009, kita juga ada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Hukuman berat itu bukan sahaja setimpal dengan kesalahan mereka tetapi lebih penting, menjadi peringatan kepada yang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama.
Jika tidak, pengkhianatan seperti itu akan terus berlaku dan isu pendatang asing tanpa izin tidak akan berkesudahan. Dalam masa yang sama, buru, usir dan senarai hitam pendatang asing yang sudah terlepas itu.
Kerajaan bukan sahaja perlu tegas tetapi perlu nampak ketegasannya. Baru rakyat puas hati.
Ismail Daud ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Jatuhkan hukuman paling berat

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved