Garuda jaga makan jumpa UAE - Utusan Malaysia

Garuda jaga makan jumpa UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Bakal menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di bawah cuaca panas di Dubai, Khamis ini membuatkan skuad Garuda tidak hanya mempersiapkan pemain dari segi taktikal, malah fizikal.

Menurut Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), cuaca di Stadium Al Maktoum, Dubai mampu mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius dengan udara yang kering.

“Dengan cuaca seperti ini, diet pemain harus dijaga agar mereka dapat kekal cergas ketika beraksi.

“Untuk makanan, kami selalu memesan menu wajib seperti sayur, ayam, ikan, salad, buah, susu, serta roti. Semua saya periksa sebelum disajikan ke pemain,” kata doktor skuad Indonesia, Ahmad Nizar yang dipetik dalam Kompas.

Kata Ahmad, pemain Indonesia juga tidak dibenarkan mengambil banyak masakan yang berminyak, pedas dan keropok.

“Mereka juga harus banyak minum air kosong dan mengambil buah-buahan kerana cuaca panas dari pagi sampai petang,” katanya lagi.

Indonesia tiba awal di Dubai pada 3 Oktober lalu bagi menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sebelum menentang UAE dalam aksi ketiga, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Selepas kalah dalam dua perlawanan pertama Kumpulan G di laman sendiri, anak-anak buah Simon McMenemy terdesak untuk membawa pulang mata bagi menghidupkan peluang mereka.

Skuad Garuda tewas 2-3 kepada Malaysia dalam aksi pembukaan pada 5 September lalu sebelum dibenam 0-3 oleh Thailand pada 10 September. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×