Empat wakil GPMS WP terpilih kepemimpinan MBWP - Utusan Malaysia

Empat wakil GPMS WP terpilih kepemimpinan MBWP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Seramai empat wakil dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan (WP) berjaya mendapat tempat tempat dalam kepemimpinan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) bagi sesi kali 2019-2020.

Pengerusi GPMS WP, Khairul Rizam Abu Samah berkata, keempat mereka dipilih semasa Majlis Persidangan Agung Tahunan MBWP Kali Ke-24 yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini pada 28 hingga 29 September lalu.

“Empat calon daripada GPMS WP yang berjaya mendapat tempat ialah Muhd. Fazreen Ismadi Fauzi (Pengerusi Tetap), Muhammad Dzulkarnain Roslan (Naib Presiden 1), Amin Noor (Exco) dan Shalina Mohd. Abdul Nasir (Pemeriksa Kira-Kira).

“GPMS WP mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baru MBWP yang telah dipilih. Harapan GPMS WP selepas ini, MBWP akan terus berusaha untuk membantu golongan belia dan mengekalkan semangat perpaduan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut Khairul Rizam, pihaknya sangat komited dalam membantu meningkatkan tahap yang terbaik buat belia bandar di Wilayah Persekutuan khususnya dalam bidang pendidikan dan modal insan. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×