Raja Muda Perlis berangkat saksi pentauliahan Masjid Al Istiqamah - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis berangkat saksi pentauliahan Masjid Al Istiqamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 30 Sept. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan upacara penyerahan ‘Tauliah Kebenaran Menunaikan Solat Jumaat’ daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) kepada Masjid Al Istiqamah, Kampung Telok Jambu, Bintong dekat Kangar tengahari baru-baru ini.


rmps-masjid
 

Pengarah JAIPs, Dr Hazman Hassan menyampaikan tauliah berkenaan kepada imam masjid, Abdul Latif Md Awal disaksikan baginda selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).


Bangunan masjid berkenaan telah dibaik pulih dan dibina semula oleh pihak Kerajaan selama hampir dua tahun dengan kos sebanyak RM4.5juta.


Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. Beliau memaklumkan bahawa berdasarkan Seksyen 98 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis telah menetapkan bahawa MAIPs boleh membenarkan sesuatu bangunan ditubuhkan sebagai masjid.


Selepas itu Mufti Perlis Datuk, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan khutbah bertajuk ‘Bahaya Riba’.


Terdahulu daripada itu, Ketua Pegawai Syariah Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Nazri Chik berkongsi info dalam ceramah beliau berjudul ‘Wakaf Melestari Pembangunan Ummah’ yang turut mempromosikan inisiatif kutipan wakaf tunai untuk Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hasil kerjasama MAIPs dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bersama Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan Bank Islam Malaysia Berhad selaku bank peneraju mywakaf.




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×