KPKT anjur HOC bantu B40 miliki kediaman - Utusan Malaysia

KPKT anjur HOC bantu B40 miliki kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Sept. – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) di NU Sentral Kuala Lumpur pada 4 hingga 6 Oktober ini dalam usaha membantu golongan B40 memiliki rumah.

Menurut Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohammad Mentek, fokus kempen kali ini adalah porjek perumahan berharga di bawah RM300, 000 seunit.

Jelas beliau , setakat ini hampir 32 pemaju perumahan akan menyertai kempen berkenaan dengan sasaran jualan sebanyak 10,000 unit kediaman.

Beliau berkata, pada kmepen itu juga, bakal pembeli boleh menyemak dengan pihak bank dan Bank Negara Malaysia (BNM) jika mereka layak membeli rumah.

“Akan ada beberapa insentif yang akan ditawarkan pada hari itu. Saya galakkan mereka dalam golongan B40 datang beramai-ramai ke kempen HOC ini,” katanya kepada pembwrita selepas melancarkan Majlis TaklimatbGaris Panduan Keselamatan Kebakaran Trak Makanan (food truck) di Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai lmabakan kediaman mewah dan murah di bawah RM300, 000 serta gesaan pihak terteentu supaya kerajaan bertindah menurunkan had kelayakan pemilikan rumah berkenaan menjelang pembentangan Belanjawan 2020.

Mengulas lanjut, Mohammad berkata, isu lambakan rumah kebanyakannya berlaku di Lembah Klang dan beberapa negeri lain.

Sehubungan itu katanya, sekiranya HOC kali ini berjaya, pihaknya akan memperluaskan pelaksanaannya ke negeri-negeri lain.

“Ini untuk memberi galakkan kepada golongan B40 membeli rumah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×