KUALA LUMPUR – Proses pengiraan borang penyertaan peraduan Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) anjuran Kosmo! bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dilakukan semalam Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di sini.
Eksekutif Pengurusan Jenama Utusan Melayu (M) Berhad, Hazwan Hairul (gambar kecil) berkata, sebanyak 60,000 penyertaan membabitkan dua kategori iaitu umum dan sekolah menengah diterima daripada pelbagai kaum dan peringkat usia.
“Hari ini (semalam) bermula proses pengiraan dengan membuka sampul-sampul yang dihantar oleh para peserta.
Berita berkaitan:
Kita melakukan proses memilih jawapan yang betul dan slogan menarik bermula dari pukul 9 pagi dan dijangka berakhir pada malam ini (malam tadi).
“Semua jawapan adalah berdasarkan artikel yang disiarkan di akhbar Kosmo! dan video klip E-Seminar Pelaburan 365 Hari di Kosmo! Online sepanjang peraduan berlangsung,” katanya di sini semalam.
Mengulas lanjut, Hazwan memberitahu, proses penjurian bagi memilih slogan terbaik akan dilakukan pada 25 September ini oleh juri profesional yang terdiri daripada wakil ASNB dan akhbar Kosmo!.
Menurutnya, pengumuman pemenang bagi kedua-dua kategori itu akan disiarkan di akhbar Kosmo! pada 27 September ini, manakala tarikh penyampaian hadiah dijadualkan pada 3 Oktober depan.
“Menariknya, walaupun peraduan ini tiada kategori kreatif, masih ada peserta yang menghantar peraduan secara kreatif. Kita amat menghargai usaha mereka,” ujarnya.
Tambah Hazwan, setiap pemenang akan dihubungi sendiri oleh pihak ASNB.











