KUALA LUMPUR 21 Sept. – Keadaan jerebu di seluruh negara semakin pulih apabila 48 daripada 67 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat pukul 3 petang ini.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bagaimanapun sejumlah 19 kawasan masih mencatatkan IPU tidak sihat yang mana Kuching merekodkan IPU paling tinggi iaitu 162.
Dalam pada itu, kawasan lain yang masih berada dalam IPU tidak sihat adalah Batu Muda (157); Cheras (151); Johan Setia Klang (149); Petaling Jaya (145); Putrajaya ( 137); Nilai ( 135) dan Segamat ( 131).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. – UTUSAN ONLINE.











