Firefly tawar tiket serendah RM29

Firefly tawar tiket serendah RM29

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Firefly melancarkan tawaran istimewa tiker bermula dari RM29 untuk semua penerbangan dari Pulau Pinang ke beberapa destinasi seperti Pulau Langkawi, Johor Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu.

Tempahan bermula dari 4 hingga 10 Julai 2022, manakala tempoh perjalanan adalah dari 1 September 2022 hingga 25 Mac 2023.

Menurut syarikat itu, bagi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pelanggan berpeluang terbang dengan pesawat Boeing 737-800 yang menawarkan keselesaan, nilai dan kemudahan untuk penumpang.

“Di samping tawaran hebat ini, pelanggan boleh menjimatkan sehingga 50 peratus dan menambah nilai perkhidmatan untuk perjalanan tambang Plus, Extra dan Flex yang disertakan dengan ciri-ciri seperti elaun bagasi 20 kilogram, makanan panas dalam penerbangan, dua kali pertukaran penerbangan, keutamaan bagasi, daftar masuk, pemilihan tempat duduk, insurans perjalanan dan banyak lagi,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai EKsekutif Firefly, Philip See berkata, sejak dilancarkan, pihaknya melihat permintaan yang tinggi bagi laluan Pulau Pinang ke Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

“Bagi memenuhi permintaan pelanggan, kami akan meningkatkan perkhidmatan ke Langkawi menggunakan pesawat Boeing 737-800. Dengan tawaran hebat ini, pelanggan boleh mula merancang percutian mereka pada harga yang hebat,” katanya.

Pada April lalu, Firefly kembali menggunakan pesawat Boeing 737-800 bagi laluan dari Pulau Pinang ke Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

Langkah itu sebahagian daripada strategi syarikat untuk berkembang dan mengukuhkan perkhidmatannya, pada masa sama menawarkan lebih banyak perkhidmatan kepada pelanggan.

Syarikat turut menggunakan pesawat Boeing 737-800 bagi laluan dari Pulau Pinang ke Langkawi bermula 1 Julai lalu disebabkan permintaan yang tinggi.

Ketika ini Firefly mengendalikan penerbangan tiga kali sehari dari Pulau Pinang ke Johor Bahru dan dua kali sehari dari Pulau Pinang ke Kunching dan Kota Kinabalu. Ia turut melakukan penerbangan pergi balik sekali sehari dari Pulau Pinang ke Langkawi dengan tambahan kekerapan sekali pada Isnin, Sabtu dan Ahad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×