Cap ayam lebih baik daripada cap bulldog - Takiyuddin 

Cap ayam lebih baik daripada cap bulldog – Takiyuddin 

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pas memilih untuk tidak melayan kenyataan merapu seorang pemimpin UMNO Johor yang menggelar barisan menteri Kabinet daripada Pas sebagai ‘cap ayam‘.

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, cap ayam adalah lebih baik daripada cap bulldog, 

“Cap bulldog lagi teruk, cap ayam tak apa lagi. Takpelah tak payah jawablah, benda tu tak perlu layan sangat,” katanya ketika ditemui sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat Antara Selangor dan Negeri Sembilan, hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas ditanya media berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa menteri Kabinet daripada Pas gagal memikul tanggungjawab dengan baik. 

Nur Jazlan menyifatkan, kelemahan kepimpinan parti Pas turut menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menanggung pelbagai masalah negara.

Jelas Nur Jazlan lagi, menteri-menteri daripada Pas lebih bergaya dengan kedudukan dan pangkat yang ada, namun tidak kompeten dalam melakukan kerja.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut memberi reaksi sama dengan kenyataan Nur Jazlan itu. 

Menurutnya, Pas tidak mudah melatah dengan kenyataan itu sebaliknya mereka menyerahkan kepada Perdana Menteri dan rakyat bagi menilai hasil prestasi kerja yang dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×