Pas boleh ambil Tajuddin secara percuma - Nur Jazlan

Pas boleh ambil Tajuddin secara percuma – Nur Jazlan

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (kiri) dan NUR JAZLAM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, UMNO boleh menawarkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman secara percuma kepada Pas untuk mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini  kerana, menurutnya, Tajuddin sudah menjadi liabiliti dan bukannya aset bernilai kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini, khususnya selepas sidang akhbar yang diadakannya, baru-baru ini.

Tawaran itu juga bersesuaian dengan sikap Pas yang sememang suka mengangguk di air keruh, khususnya apabila timbul sebarang isu yang dilihat menguntungkan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya selalu tertarik dengan sikap oportunis Pas setiap kali ada sesuatu yang boleh beri laba dalam politik, mereka terus sambar. Minggu lepas, selepas Ahli Parlimen Pasir Salak dipecat sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan buat sidang media serta dedahkan isu dalaman, dengan pantas Setiausaha Agung Pas dan Pesuruhjaya Pas Perak pinang kuda tua UMNO itu.

“Pas berikan laluan kerusi Pasir Salak itu kepada Tajuddin untuk bertanding pada PRU15 nanti atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan mewakili Pas.

“Saya tergelak besar bila baca kenyataan kedua-dua pemimpin Pas itu. Memang orang Pas ini sejak dulu lagi suka menangguk di air keruh untuk kepentingan politik biarpun ia serendah ‘level’ kuda tua,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nur Jazlan yang juga bekas Ahli Parlimen Pulai turut memberitahu, tidak salah dakwaannya bahawa pemimpin Pas adalah ‘cap ayam’ kerana mereka akan mencari rakan-rakan yang sama dengan mereka.

“Sekarang ini Tajuddin hanya liabiliti dan tak bawa keuntungan apa pun kepada UMNO. Individu yang suka perlekehkan Presiden sendiri, suka memalukan parti sendiri memang tak layak lagi bersama UMNO.

“Orang macam ini sudah tidak boleh dipercayai, sama seperti pemimpin Pas yang rakyat terutamanya pengundi Melayu Islam sudah tidak percaya lagi dengan macam-macam retorik politik dan penunggang agama selama ini.

“Jadi, lebih baiklah Tajuddin terjun bersama labu-labu sayongnya dan hanyut di Sungai Pasir Salak bersama Pas,” ujarnya.

Menurutnya, UMNO dan BN Pasir Salak kini boleh memberi laluan serta peluang kepada pemimpin muda di kawasan itu untuk menjadi calon pada PRU15 nanti.

“Sudah tiba masanya UMNO dan BN Pasir Salak melakukan reformasi kepimpinan dan mungkin bahagian ini akan jadi contoh terbaik bagi permulaan proses peremajaan UMNO.

“Tajuddin sudah lebih dua dekad jadi Ahli Parlimen Pasir Salak dan macam-macam jawatan daripada menteri ke pengerusi GLC hinggalah kepada Duta Khas. Jadi cukuplah, berilah peluang orang lain nak merasa jadi Ahli Parlimen pula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×