Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut perayaan Onam - Utusan Malaysia

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut perayaan Onam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat menyambut perayaan Onam kepada masyarakat Malayalee yang menyambut perayaan itu hari ini.

“Selamat menyambut perayaan Onam yang meriah dan diberkati kepada semua rakan daripada kaum Malayalee,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran menerusi akaun Instagram Istana Negara.

Onam, festival menuai masyarakat Malayalee, jatuh pada bulan pertama kalendar Malayalam dikenali sebagai ‘Chingam’ (bersamaan Ogos-September).

Ia disambut bagi meraikan maharaja legenda yang dipercayai pulang dengan hasil menuai yang banyak. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×