Rugi RM29,421 diperdaya 'pegawai mahkamah' - Utusan Malaysia

Rugi RM29,421 diperdaya ‘pegawai mahkamah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN – Seorang pembantu kesihatan di sini mengalami kerugian RM29,421 selepas diperdaya individu menyamar pegawai mahkamah yang memintanya menukar nombor telefon bagi urusan perbankan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 29 tahun itu dihubungi seorang suspek lelaki menyamar pegawai mahkamah pada pagi semalam.

“Suspek mendakwa, mangsa mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman bank dan namanya sudah pun disenarai hitam.

“Mangsa menafikan perkara itu sebelum panggilan disambungkan pula kepada seorang lagi suspek yang menyamar pegawai polis,” katanya menerusi kenyatan hari ini.

Ujar beliau lagi, suspek menyamar polis itu turut mendakwa mangsa mempunyai beberapa kes jenayah yang sedang disiasat.

Beliau menambah, suspek mengarahkan mangsa menukar nombor telefon yang didaftarkan bagi urusan perbankan untuk mendapatkan nombor kod pengesahan transaksi (TAC).

“Suspek memberi nombor telefon dan menyuruh mangsa membuat pertukaran nombor telefon di bank.

“Selepas menukar nombor telefon, mangsa membuat semakan akaunnya dan mendapati baki yang tinggal hanya RM79,” katanya.

Wanita tersebut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×