Koleksi edisi terhad Merdeka - Utusan Malaysia

Koleksi edisi terhad Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUAH jenama syarikat peneraju barangan sukan nombor satu di Malaysia, Al-Ikhsan Sports baru-baru ini melancarkan koleksi baju-T edisi terhad Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-62.

Koleksi Merdeka itu terdiri daripada baju polo dan baju-T yang menampilkan empat variasi rekaan bertemakan patriotisme. Ia didatangkan dengan harga yang amat berpatutan iaitu bermula daripada RM39 sehingga RM59 sehelai.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd., Vach Pillutla, berkata, selain itu, kedua-dua baju tersebut dihasilkan dengan motif corak dan tulisan bagi memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia.

“Kami berbangga kerana dapat menghasilkan koleksi pakaian bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-62 pada tahun ini. Kami yakin, rakyat Malaysia dari segenap kaum akan menerima baik dan berbangga untuk menyarung baju ini,” katanya dalam kenyataan.

Syarikat Al-Ikhsan Sports sentiasa menawarkan barangan sukan berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan dan sentiasa mengekalkan inisiatif itu.

Vach menambah, Al-Ikhsan Sports adalah satu-satunya peneraju barangan sukan yang menghasilkan koleksi pakaian Merdeka.

“Pada era ini, pelanggan sentiasa ingin menzahirkan emosi dan semangat mereka. Kami ingin

membolehkan mereka berbuat demikian menerusi penjualan koleksi terbaharu ini,”katanya.

Beliau berkata, pada 10 hari pertama pakaian itu dilancarkan, pihaknya mencatatkan 60 peratus penjualan untuk koleksi tersebut, sekali gus menunjukkan pelanggan menyukai koleksi edisi terhad berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×