Narqes Beauty buka kilang bertaraf GMP

Narqes Beauty buka kilang bertaraf GMP

MASTURA Mohd. Yazid memotong riben perasmian kilang kosmetik bertaraf GMP milik Narqes Beuty di Shah Alam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat kosmetik, Narqes Beauty Malaysia Sdn. Bhd. membuka kilang kosmetik, Qesis Lab yang mendapat pengiktirafan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

Menurut pengasas bersama Kumpulan Narqes, Narqes Mohd. Raimi, kilang kosmetik bertaraf GMP itu lahir hasil menifestasi visi Kumpulan NARQES untuk menjadi antara syarikat utama dalam bidang kecantikan dan kosmetik di Malaysia dan juga untuk lebih mudah menembusi pasaran global.

“GMP merupakan sebuah sistem yang dibuat bagi memastikan setiap produk di kilang ini dihasilkan secara konsisten mengikut piawaian kualiti yang ditetapkan oleh pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Kementerian Kesihatan.

“Penganugerahan GMP telah diberikan kepada Qesis Lab setelah kilang kami memenuhi tahap pematuhan yang tinggi melalui penilaian prosedur operasi standard, pemeriksaan kemudahan komprehensif atau audit, serta mempunyai dokumentasi lengkap berkaitan GMP,” katanya dalam kenyataan.

Majlis perasmian kilang tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid.

Keselamatan dan kualiti sesuatu produk yang ditangani oleh garis panduan dan peraturan GMP merangkumi Pengurusan Kualiti, Sanitasi dan Kebersihan, Bangunan dan Kemudahan, Peralatan, Bahan Mentah, Tenaga Kerja, Pengesahan dan Kelayakan, Aduan, Dokumentasi dan Penyimpanan Rekod serta Pemeriksaan dan Kualiti Audit.

Kini, dengan wujudnya Qesis Lab sebagai sebuah kilang kosmetik bertaraf GMP, kumpulan Narqes selangkah ke hadapan di dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka dari perniagaan yang berteraskan perniagaan kepada pengguna (B2C) seterusnya bergerak kepada perniagaan kepada perniagaan (B2B).

Beliau berharap dengan adanya pengiktirafan GMP ini akan meningkatkan lagi keyakinan pengguna ke atas produk yang dikeluarkan oleh Kumpulan Narqes dan membantu dalam usaha
syarikat meluaskan pasaran produk ke peringkat antarabangsa selain mematuhi perundangan dan standard semasa yang ditetapkan oleh kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×