Bersatu belum terima surat rasmi daripada Mohamaddin - Hamzah

Bersatu belum terima surat rasmi daripada Mohamaddin – Hamzah

HAMZAH Zainudin bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi JKPS di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. -UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan belum menerima sebarang surat rasmi daripada Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi yang mengumumkan keluar parti itu hari ini. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau sudah menerima pesanan ringkas (SMS) daripada Mohammaddin hari ini yang memaklumkan hasrat berkenaan (keluar parti). 

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan beliau bagi berbincang perkara itu dalam masa terdekat. Setakat ini, kita belum terima surat rasmi daripada beliau,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP COVID-19 (JKPS) di sini, hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya sama ada pihak kepemimpinan akan memujuk semula Mohammaddin menyertai parti, Hamzah enggan mengulas perkara itu selagi pertemuan belum diadakan.

Mohamaddin hari ini mengumumkan keluar Bersatu yang disertainya sejak November tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, mendakwa mengambil tindakan itu kerana tidak diberi peranan dalam parti berkenaan.

Katanya, ia termasuk di kawasan Parlimen Lahad Datu yang diwakilinya berikutan semua hal parti itu hanya dikendalikan pemimpin sedia ada Bersatu.

Dalam pada itu, ditanya berhubung beberapa pendedahan dibuat bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam, Hamzah berkata, beliau enggan mengulas lanjut kerana ia bukan partinya.

Berhubung perkembangan pertemuan antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai isu kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet, Hamzah memaklumkan, tarikh pertemuan belum dimaklumkan.

“Tarikhnya saya tidak tahu, atau sudah jumpa pun saya tidak tahu,” katanya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×