PH pandang serius isu defisit kepercayaan

PH pandang serius isu defisit kepercayaan

KERATAN laporan Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amaran Ilham Centre kononnya Pakatan Harapan (PH) bakal mengalami defisit kepercayaan daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu dipandang serius oleh seluruh kepemimpinan parti itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, masa semakin suntuk dan seluruh jentera PH digesa bekerja lebih keras untuk berdepan pilihan raya.

Katanya, walau apa pandangan mahu pun analisis mana-mana pihak, PH akan meneruskan ikhtiar bagi menambah keyakinan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah pemimpin PH seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Anthony Loke dan Mohamad Sabu telah mula mengadakan kempen secara online atau fizikal di samping mula membentuk naratif bukan sahaja untuk menggerakkan jentera tetapi memenangi pengundi atas pagar,” katanya di sini semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan PH bakal mengalami defisit kepercayaan daripada rakyat pada PRU15 berikutan kegagalan parti itu menguruskan kesepaduan sejak membentuk kerajaan selama 22 bulan.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berkata, ia menjadi antara tiga faktor utama yang menyebabkan mood pengundi berubah sehingga memperlihatkan mereka bukan pilihan terbaik untuk menjadi kerajaan.

Katanya, mengikut kajian Ilham Centre, pengundi tidak yakin PH mampu membentuk kerajaan yang stabil kerana ketiga-tiga parti yang tidak sehaluan di samping tiada naratif berbeza berbanding PRU14.

FAHMI FADZIL

Fahmi bagaimanapun menafikan PH ditolak rakyat berdasarkan keputusan siri Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Kita perlu mencari jalan dan merangka strategi kerana pengalaman di Johor dan Melaka sudah cukup memberi isyarat jelas yang PH tidak boleh leka atau mengambil mudah.

“PH terutama PKR perlu berperanan dalam menyakinankan rakyat mengenai kaedah kita menangani isu misalnya subsidi gaji, trafik, masa depan ekonomi bagi membentuk naratif dalam PRU15,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×