Kerjasama jemaah haji ibarat satu keluarga

Kerjasama jemaah haji ibarat satu keluarga

JEMAAH haji lelaki memasang tali untuk dijadikan tempat menyidai pakaian di ruangan kaki lima hotel. – IHSAN NADIAH NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jemaah haji Malaysia tidak akan membiarkan jemaah lain berada dalam kesusahan sepanjang berada di Mekah dan ini dibuktikan apabila mereka turut sama membantu bermula pemakaian ihram sehingga menunaikan umrah bersama-sama ibarat satu keluarga.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nadiah Noordin, 34, dari Melawati, Kuala Lumpur berkata, mereka menyediakan tempat jemur di bahagian dalam hotel untuk digunakan bersama-sama menyidai pakaian.

“Kami menyediakan tempat menyidai pakaian basah dan basuh kain juga secara sendiri, ini pengalaman yang menyeronokkan sekali gus terkenang zaman duduk asrama masa kecil dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suasana di sini dipenuhi semangat dan keterujaan hendak beribadat begitu terasa. Tak sabar untuk melakukannya dan tak penat, kalau boleh hari-hari nak pergi ke Masjidilharam,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi whatsapp.

Sementara itu, Zamri Zainul Abidin, 52, jemaah haji dari Semenyih, Selangor pula berkata, kesemua jemaah Malaysia saling membantu dalam segala hal termasuk mengenakan ihram haji.

“Perasaan sewaktu mengenakan ihram di Tanah Suci sendiri menambahkan lagi semangat buat diri saya dan jemaah lain untuk mengerjakan umrah.

“Sekarang juga wajib untuk mengenakan ihram untuk tawaf sunat, kami dari hotel Madinah sudah mula pakai ihram semasa bergerak ke Mekah.

Tambahnya, peniaga di kota Mekah sangat mesra dan boleh bertutur bahasa kebangsaan apabila terlihat jemaah haji Malaysia dan sering disapa ‘hai Malaysia’ dan ‘Malaysia bagus’.

“Setiap kali lalu di hadapan kedai-kedai, kami akan disapa dalam bahasa Melayu daripada peniaga untuk membeli barang berbentuk cenderamata seper­ti tasbih, sejadah dan lain-lain untuk dapatkan keberkatan di bumi Mekah.

“Orang kita suka nak beri cenderahati pada saudara-mara dan tak lokek untuk berbelanja. Proses tawar-menawar juga mudah kerana dapat berbicara dalam bahasa Melayu,” katanya.

Zamri juga turut bersyukur kerana dia diizinkan bersama isterinya ‘dijemput’ menjadi tetamu-Nya hadir ke Mekah.

“Sebaik tiba di Mekah pukul 11 malam waktu tempatan (Mekah) secara kumpulan, kami terus melakukan umrah yang mengambil masa sekitar satu jam 30 minit dan selesai kira-kira 12 malam.

“Jarak tempat penginapan ke Masjidilharam pula sejauh 1,400 meter dan mengambil masa 20 minit jika berjalan kaki. Kami di sini ditempatkan satu bilik sembilan orang jemaah haji dan semuanya baik-baik sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN