Pembangkang tuduh kerajaan cap ayam tetapi takut PRU

Pembangkang tuduh kerajaan cap ayam tetapi takut PRU

pembangkang
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangkang kini takut menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) meskipun berani melabelkan kerajaan campuran hari ini sebagai cap ayam, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kata beliau, PRU15 langkah paling demokratik untuk rakyat mendapatkan semula sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil sekali gus dapat menjamin usaha membantu rakyat lebih efektif.

Malah, katanya, pembangkang kini menuduh desakan mengadakan PRU sebagai tidak peduli dengan nasib rakyat B40 dan marah berhubung saranan agar rakyat diberi mandat memilih sebuah kerajaan baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dulu pembangkang beri alasan Covid-19 oleh itu PRU15 tidak boleh diadakan, kini alasan inflasi pula. Alasan demi alasan pembangkang sebenarnya mendedahkan kekhuatiran sebenar mereka.

“Kekhuatiran untuk berdepan penentuan rakyat yang pernah mereka perdaya demi mendapat kuasa. Mahu membeli masa untuk mendapatkan ruang mencukupi membohongi dan menipu rakyat sekali lagi. Insya Allah dengan kembali sebuah kerajaan yang mampan apa jua cabaran dapat negara kendalikan dengan lebih baik,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pembangkang kini dilihat mengambil kesempatan dasar kerajaan sejak kebelakangan ini dengan mengecam keputusan melarang eksport ayam.

“Harus diingat jurang pendapatan golongan miskin dan kaya di negara ini dilaporkan melebar pada 2019.

“Tidak pernah sesekali diri ini melupakan golongan memerlukan sepanjang melangkahi kehidupan ini. Segala bantuan diberi perlukah dihebahkan sedangkan yang dicari adalah keredaan dan keberkatan Ilahi.

“Tangan kanan memberi, sebaiknya tangan kiri tidak perlu tahu, atau ianya tidak boleh dipakai lagi di zaman sekarang ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×