Pas Selangor kekalkan konsep MN

Pas Selangor kekalkan konsep MN

Ahmad Yunus Hairi bersalaman dengan Noh Omar dalam satu pertemuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas Selangor bertegas meneruskan formula pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang seperti dipersetujui sebelum ini berteraskan ‘Penyatuan Ummah’ bersama Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru di negeri ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, perbincangan pertimbangan prinsip dan formula dalam Muafakat Nasional (MN) sebelum ini dan sehingga kini pendirian Pas Selangor tidak bercanggah dengan keputusan Pas Pusat.

“Pas Selangor komited dalam Agenda Penyatuan Ummah terutama bersama parti-parti teras Melayu Islam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti bukan teras Melayu Islam tetapi yang tidak ekstrim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Agenda MN dan Perikatan Nasional (PN) kekal hingga ke hari ini walaupun MN tiada ikatan rasmi pendaftaran dan Pas boleh sahaja meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekiranya parti berkenaan komited dalam khemah besar melibatkan DAP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, formula pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) antara UMNO dengan Pas menerusi MN di Selangor yang pernah diatur sebelum ini tidak lagi terpakai selepas parti itu menyertai PN.

Bagaimanapun, Ahmad Yunus menegaskan, hanya kaedah satu lawan satu yang dilihat mampu menumbangkan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini pada PRU15 nanti.

“Di sinilah perlunya parti-parti pembangkang di Selangor berlapang dada dalam membincangkan kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU15.

“Calon berwibawa dan satu lawan satu menjadi fokus untuk menawan kembali negeri Selangor. Pimpinan semua parti tidak perlu angkuh, akhirnya memberi kemenangan kepada lawan. Kekuatan akar umbi dan jentera parti harus diperkasakan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×