Wanita didakwa tumbuk, hempas anak - Utusan Malaysia

Wanita didakwa tumbuk, hempas anak

MAHKAMAH mengarahkan Wejs memakai tag khas selepas memukul dua anak perempuannya dalam satu percutian di Cornwell. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita sanggup menumbuk dan menghempas dua orang anak perempuannya selepas mereka mengadu kepada bekas suaminya bahawa dia tidak membenarkan anak-anaknya pergi berenang.

Sehubungan itu, Hayley Wejs, 32, disifatkan sebagai ‘ibu paling teruk’, selain diarahkan oleh mahkamah untuk memakai tag sebagai pemantauan kelakuan.

Lapor Daily Mail, Wejs didakwa memukul dan menolak anak berusia 10 tahun ke arah tingkap kereta serta menumbuk muka seorang lagi anak berumur 13 tahun dalam percutian tersebut.

Polis dan pekerja sosial menghubungi Wejs setelah kedua-dua anak perempuan itu melaporkan kejadian tersebut kepada bapa mereka yang sudah berpisah dengan ibunya.

Ketika disoal oleh seorang pekerja sosial, Wejs mengakui kadang-kala pernah memukul anak-anaknya, namun menjelaskan dia tidak pernah mencederakan mereka.

Wejs dari Crewe, Cheshire mengaku bersalah kerana memukul kedua anak perempuannya.

Mahkamah Minshull Street Crown di Manchester mengarahkannya Wejs untuk memakai tag selama tiga bulan sebagai sebahagian perintah berkurung dari pukul 9 malam sehingga 7 pagi.

Dia juga dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan yang digantung selama setahun.

Wejs juga diarahkan untuk menghabiskan 12 hari tempoh pemulihan bagi membantu mengatasi kemarahannya.  

Kejadian itu berlaku pada Ogos tahun lalu selepas Wejs bercuti di St Ives Holiday Park bersama tiga anaknya dan teman lelaki baharunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×