Menang dulu, baru fikir kerjasama – UMNO

Menang dulu, baru fikir kerjasama – UMNO

Shahril Sufian Hamdan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO dan Barisan Nasional (BN) belum memikirkan kerjasama de­ngan mana-mana parti terma­suk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, pada masa ini UMNO dan BN menyasarkan matlamat untuk menang seberapa banyak kerusi yang boleh sekali gus menjadi parti terbesar yang akhirnya dapat menawarkan kestabilan politik.

Jika menang, beliau berkata, BN mempunyai pilihan pada waktu itu, maka barulah diteliti semula sama ada perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak atau sebaliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi yang utamanya, BN sedang fokus berusaha mendapat keyakinan rakyat dan meraih kerusi terbanyak atas tiket BN sebagai parti menawarkan kestabilan dan kesetiaan. Barulah mudah apa-apa perencanaan angka nanti.

“Kalau hanya menang 30 atau 50 kerusi sekalipun misalnya, tak ubah seperti apa yang telah berlaku penggal ini.

“Bukannya melaksana skim (strategi) awal, tetapi kerja mendapatkan keyakinan rakyat itu dikebelakangkan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, semalam.

Beliau diminta mengulas jika UMNO sedia berlapang dada untuk mengadakan bekerjasama dengan Pejuang dalam PRU15.

Sebelum ini Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan idea kerjasama khemah besar, tetapi tanpa Presiden PKR, Datuk Se­ri Anwar Ibrahim atau Presi­den Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abdul Aziz Bari

Sementara itu, Ketua Pembangkang Perak, Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan syarat yang dikenakan Dr. Mahathir mengarut.

Beliau berkata, jika bekas Perdana Menteri itu meletakkan syarat yang sedemikian, maka perkara itu tidak perlu dihiraukan.

“Dia letak syarat mengarut, jadi biarkan dia terjun dengan labu-labunya.

“Kalau konsep khemah besar boleh diterima pun, perlu untuk membuat perubahan. Katak dan mereka yang terbukti gila kuasa macam Muhyiddin tak boleh diterima.

“Mahathir ini anti Anwar atas sebab peribadi, kita tak boleh terima beliau,” katanya kepada Mingguan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×