Peminat Liverpool kecewa, pelbagai ‘teori’ timbul

Peminat Liverpool kecewa, pelbagai ‘teori’ timbul

PENYOKONG Liverpool bermuram selepas pesaing terdekat, Manchester City menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika peminat Manchester City bersorak dan menaikkan status meraikan kejayaan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris masing-masing di laman sosial, lain pula nasib bagi penyokong tegar Liverpool.

Rata-rata peminat The Reds ‘berdebat’ di ruangan komen laman sosial facebook penyokong kelab itu bagi mencari punca kelab kesayangan mereka gagal menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Malah ada diantara penyokong The Reds meletakkan kegagalan kelab itu di atas bahu Steven Gerrard kerana gagal mengemudi Aston Villa dengan baik dan membenarkan City menjaringkan tiga gol dalam masa lima minit.

Mereka juga turut mengungkit kisah ketika bekas kapten Liverpool itu tergelincir semasa menentang Chelsea pada 2014 sehingga membolehkan Demba Ba menjaringkan gol dan The Reds kehilangan kejuaraan kepada City.

“Dahulu dia (Gerrard) sudah jadi punca, jatuh ketika kejar bola… Sekarang pun dia masih jadi punca, sudah mendahului 2-0 tetapi tewas 2-3. Kita cuba lagi musim depan. Harap-harap dia tidak lagi menjadi punca,” kata Mustakim Muhid.

Selain itu, seorang lagi peminat, Muhamad Fadhi berkata, peminat Liverpool sepatutnya berbangga dengan pencapaian kelab ketika ini yang telah menjulang beberapa piala selain akan bermain di final Liga Juara-Juara.

“Walaupun kita kecewa pada akhirnya…Sekurang-kurangnya kita melawan dan tidak bagi City buat EPL ini seperti liga petani. Kita cuma ditakdirkan tiada rezeki dekat EPL, tetapi Piala FA dan Carabou kita punya… Mungkin UCL nanti,” katanya.

Sementara itu, terdapat juga segelintir peminat yang menyalahkan bintang mereka, Mohamad Salah yang terlalu mengejar jumlah jaringan sehingga merugikan pasukan termasuk ketika seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur pada 8 Mei.

“Kau (Salah) sepatutnya rasa menyesal sebab terlalu tamak masa lawan Spurs…lima kali kau tamak…dalam lima tu, sekali cukuplah kau buang tamak, kemungkinan besar kite menang. Apa-apa pun, kalau sudah tiada rezeki, tidak boleh buat apa,” kata Mohamad Faiz.

Dalam pada itu, Faridz Adzli Za’abah berkata, kegagalan Liverpool menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris boleh diibaratkan seperti hujan yang dinanti hilang begitu sahaja.

“Perasaan memang kecewa kerana Liverpool tidak berjaya mendapatkan quadruple tetapi Liverpool berpeluang untuk mendapatkan treble jika berjaya menjuarai Liga Juara-Juara pada minggu depan menentang Real Madrid.

“Barangkali dengan kejuaraan kali ke 7 UCL ini pasti akan terubat kekecewaan peminat Liverpool seluruh dunia kerana tidak berjaya mendapat kejuaraan liga” katanya yang merupakan pemenang peraduan ‘Emirates Terbangkan Anda ke Piala FA’ anjuran syarikat penerbangan Emirates dengan kerjasama Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×