Heung-min, Salah kongsi Kasut Emas

Heung-min, Salah kongsi Kasut Emas

SON Heung-min. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Son Heung-min mencipta sejarahnya yang tersendiri di Liga Perdana Inggeris apabila berkongsi Kasut Emas bersama bintang Liverpool, Mohamad Salah.

Kedua-dua pemain terbabit menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris kelmarin untuk membantu pasukan mencatatkan kemenangan.

Heung-min yang juga merupakan kapten skuad kebangsaan Korea Selatan menjaringkan dua gol ketika Tottenham membelasah Norwich City 5-0 menjadikan jumlah jaringannya kepada 23 gol iaitu berkelebihan satu gol mengatasi Salah.

Bagaimanapun, penyerang Mesir itu turut meledakkan satu gol pada lewat permainan ketika membantu The Reds menang 3-1 di laman sendiri menentang Wolves.

Sementara itu, bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo pula berada di belakang dua pemain terbabit dengan menjaringkan 18 gol pada musim pertama kepulangannya ke Old Traford.

Bagaimanapun, gol Salah tidak membawa impak apabila anak buah Jurgen Klopp menamatkan kempen satu mata di belakang Manchester City, yang menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris keempat dalam lima musim.

Heung-min yang ketika ini berumur 29 tahun berkata, adalah amat menakjubkan untuk menang Kasut Emas berkenaan dan dia juga seperti tidak percaya dengan pencapaiannya dirinya di Liga Perdana Inggeris.

“Saya seolah-olah tidak percaya… Saya agak emosi kerana mengimpikannya sejak kecil dan kini ia di tangan saya. Saya tidak percaya.

“Sebelum menjaringkan gol, saya kecewa terlepas beberapa peluang terbuka. Saya beritahu rakan yang saya terlepas peluang mudah dan menjaringkan gol dalam keadaan sukar.

“Saya tidak mengalah. Saya mahu menjaringkan gol hari ini. Rakan sepasukan membantu saya dan anda boleh melihatnya hari ini,” katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.

Kemenangan Tottenham itu mengesahkan kedudukan mereka di tempat keempat liga dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. – AGENSI – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×