Kebimbangan orang ramai terhadap kenaikan harga barang dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 mulai 1 Mei lalu sebenarnya sudah menjadi realiti. Tak perlu tunggu hujung bulan ini untuk melihat kenaikannya kerana kebanyakan harga barang sudah pun naik lebih awal.
Malah alasan harga naik kerana sambutan musim perayaan mungkin sudah tidak boleh dipakai lagi kerana ada harga barang yang sentiasa dijual mahal.
Asas ekonomi, barang yang mendapat permintaan tinggi dan bekalan kurang benar-benar dilaksanakan peniaga dengan menaikkan harga setinggi mungkin namun tidak pula menurunkan harga sekiranya bekalan berlebihan.
Istilah rugi cuba dielakkan oleh peniaga. Mereka sentiasa melihat peluang untuk menambah keuntungan termasuk apabila kerajaan melaksanakan gaji minimum RM1,500.
Mereka percaya pelaksanaan gaji minimum akan menyebabkan kuasa beli pengguna meningkat.
Betul kuasa beli pengguna meningkat tetapi kenaikan semua harga barang keperluan mungkin tidak sepadan dengan pertambahan pendapatan itu. Akhirnya wal hasil balik asal.
Hasrat untuk melihat rakyat mendapat lebihan pendapatan dengan kenaikan gaji minimum, akhirnya tidak tercapai kerana semua harga barang keperluan turut meningkat.
Kalau gaji bertambah 20 peratus tetapi kos barang dapur meningkat lebih daripada itu, mana datangnya lebihan pendapatan yang mahu dilihat oleh kerajaan?.
Malah bukan kumpulan gaji RM1,500 yang terlibat, mereka yang bergaji lebih daripada RM1,500 pastinya juga akan merasa kenaikan harga barang.
Bukan sahaja ayam, daging dan pelbagai barang basah lain yang naik, makanan kering yang lain pun naik. Malah pakar ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai menganggarkan kenaikan harga barang mencecah 60 peratus.
Ia bukan cerita dongeng kerana minuman coklat malt yang popular di negara ini juga boleh dijual sehingga RM40 oleh pasar raya besar walaupun ada masanya dijual pada harga RM30 apabila promosi jualan dibuat.
Malah harga susu cair juga dilaporkan meningkat sehingga 70 sen setin, sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan susu cair.
Tak banyak yang boleh dibuat dalam mengawal kenaikan harga kerana negara mengamalkan ekonomi bebas. Pasaran menentukan segalanya. Tinggi permintaannya, tinggilah harganya. Kecuali kalau kerajaan mahu campur tangan, beri subsidi dan tetapkan harga siling barang.
Apa yang boleh pengguna pula lakukan? Mereka hanya boleh kawal nafsu dan mengharapkan simpati peniaga tidak mengambil keuntungan melampau.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Harga barang mahal, apa pengguna boleh lakukan?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved