Rendang asal Negeri Sembilan ini memang mempunyai rasa lemak dan pedas yang lebih kuat berbanding rendang yang biasa dimakan kerana ia menggunakan cili api sebagai bahan utama.
Untuk Aidilfitri bakal menjelang sedikit masa sahaja lagi, ibu-ibu boleh membuat kelainan dengan menyajikan rendang kerang cili api untuk disajikan bersama ketupat dan lemang.
Lebih menarik, ia juga diletakkan pucuk ubi kayu untuk membangkitkan rasa.
Ikuti resipi dikongsikan oleh Siti Mahirah Awang. Selamat mencuba.
Bahan kisar:
4 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
12 biji cili padi
Bahan lain:
Kerang
Pucuk ubi
Asam keping
Daun limau purut
1 sudu besar kerisik
Santan
Garam
Gula
Daun kunyit dihiris halus
Cara-cara:
1) Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
2) Masukkan asam keping dan daun limau purut.
3) Masukkan santan dan air.
4) Bila santan sudah pecah minyak, masukkan kerisik.
5) Masukkan pucuk ubi dan kerang.
6) Gaul sebati hingga masak.
7) Perasakan dengan garam dan gula.
8) Masukkan daun kunyit.










