BN untung jika MoU tidak disambung

BN untung jika MoU tidak disambung

AWANG AZMAN AWANG PAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mendapat keuntungan dari segi politik jika Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) tidak disambung.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Prof. Awang Azman Awang Pawi berkata, ini kerana secara jelas dilihat BN kukuh pada waktu ini dan kekuatan parti itu boleh dizahirkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Namun, katanya ia bergantung kepada Perdana Menteri sama ada ingin mengadakan PRU dengan cepat atau tidak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun yang menandatangani MoU itu bukan UMNO, apabila ahli Majlis Kerja Ter­tinggi UMNO bersuara dan me­letakkan Perdana Menteri sebagai poster boy, beliau perlu mengambil tindakan yang sesuai dengan MKT. Maknanya, jika nak segerakan atau melewatkan pembubaran Parlimen, itu terletak di tangan Perdana Menteri.

“Jika kita lihat daripada ke­nyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Ibrahim tentang PH, mereka sendiri tidak yakin untuk menjadi kerajaan pada PRU15. Ini bermakna, jika Parlimen dibubarkan sekarang, kesannya adalah lebih baik kepada BN,” katanya ketika dihubu­ngi semalam.

Tambah Awang Azman lagi, MoU yang ada pada hari ini ha­nya dilihat melindungi PH yang sememangnya tidak bersedia menghadapi PRU15.

“Kalau MoU disambung, te­­kanan terhadap kerajaan ku­rang. Semak imbang pun ku­rang. Pengundi kata, kalau te­­rus­­kan MoU itu, sama ada menyokong PH atau Barisan Nasional (BN), sama sahaja sebab mereka pun menyokong kerajaan,” katanya.

Pada masa yang sama katanya, blok pembangkang terus bergerak berasingan.

“Cuba fikir kembali, me­ngapa PH tidak terima pelawaan Pre­siden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama? Sebab bagi PH, mereka lebih kuat dan mampu menang jika adakan pilihan raya,” soalnya lagi.

Bagaimanapun, Awang Az­man turut berkata, MoU antara kerajaan dan PH itu turut membawa perkara positif sepanjang komitmen itu berjalan.

“Yang pertama undi 18, Undang-undang anti lompat parti, saya kira ia merupakan perkara besar yang mereka harus selesaikan. Selebihnya kita menunggu kerajaan lebih stabil dua per tiga itu wujud bagi menggubal dasar sepenuhnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×