Intan Serah nak kahwin anak raja

Intan Serah nak kahwin ‘anak raja’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


INTAN Sarah Anisah Zulgafli atau lebih dikenali sebagai ‘Intan Serah’ merupakan aset penting buat pasukan futsal wanita kebangsaan ketika ini berdasarkan kewibawaannya di dalam gelanggang.

Tidak keterlaluan jika dikatakan penyertaan Intan Serah dalam mana-mana kejohanan futsal dan bola sepak di negara ini menghadirkan ‘senyum’ buat pasukan yang disertai dan ‘gerun’ buat lawan.

Ia terbukti apabila baru-baru ini, Intan Serah yang diberikan tanggungjawab sebagai kapten berjaya membawa pasukan Melaka menjuarai Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih manis, Intan Serah yang merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur itu juga dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan, selain turut menjaringkan 12 gol di sepanjang MPFL wanita berlangsung.

Bersama wartawan Mingguan Malaysia, HAKIMI ISMAIL,  pemain yang mempunyai 543,000 pengikut di laman Facebook dan 484,000 di laman Instagram ini berkongsi sisi peribadi lebih menarik dalam ruangan Tanya Jer… minggu ini. Orangnya memang kelakar.

 

PENYOKONG tegar Manchester United. Glory Glory Man. United

 

1. Liverpool atau Manchester United?
Manchester United.

2. Lokasi percutian paling diimpikan?
Maldives.

3. Sukan apa yang akan disertai jika anda bukan atlet futsal?
Badminton.

4. Hadiah apa yang belum anda dapat semasa hari lahir?
Kereta.

5. Pelakon paling diminati?
Angelina Jolie.

6. Jika diberi peluang ke luar negara kelab bola sepak mana ingin diwakili?
Pasukan wanita Manchester United.

7. Perkara baik tentang anda?
Kena tanya orang sekeliling saya.

8. Watak idaman jika anda seorang pelakon?
Watak ustazah mengajar di kampung, lepas tu lelaki datang mengorat macam cerita Ombak Rindu…Takdelah, mungkin watak aksi. macam seorang fighter.

9. Jika diberi pilihan, anda mahu berhibur atau masa berehat?
Berehat… Sebab rehat yang cukup, membolehkan kita berhibur dengan tahap maksimum.

RYAN GIGGS

10. Pemain bola sepak paling diminati?
Ryan Giggs.

11. Makanan kegemaran?
Nasi tomato dan sambal udang petai.

12. Rumah idaman?
Ada sebuah rumah dekat Beverly Hills.

BUKAN sahaja hebat di gelanggang, malah pandai bergaya dan comel Siti Serah ni. – IHSAN INSTAGRAM INTAN SERAH

13. Apa yang akan dilakukan selepas bersara?
Berniaga… Kalau tetiba kahwin anak raja, mungkin akan menjadi permaisuri sepenuh masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN