Borzo kukuh operasi di Malaysia

Borzo sasar jadi pemimpin pasaran, wujud 100,000 peluang pekerjaan

LINGESH THAYALA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Borzo, syarikat perkhidmatan penghantaran global yang membolehkan penghantaran antara bandar pada hari yang sama, kini mengukuhkan operasinya di Malaysia dengan pelan pengembangan di bandar-bandar utama di negara ini menjelang hujung tahun.

Pengurus Negara Borzo Malaysia, Lingesh Thayala berkata, syarikat komited menjadi pemimpin pasaran bagi penghantaran on-demand untuk perniagaan-ke-perniagaan (B2B) di Malaysia.

“Sejak memasuki pasaran pada 2018, kami telah mewujudkan kepercayaan dalam kalangan pelanggan kami dan membolehkan perniagaan daripada pelbagai saiz operasi untuk menjalankan perniagaan secara atas talian dan menghantar produk kepada pelanggan mereka sehingga ke depan pintu rumah,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, syarikat juga berhasrat mewujudkan sehingga 100,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia bagi meluaskan lagi perniagaannya di negara ini.

Borzo kini berada di 10 bandar termasuk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Ipoh.

Menurut Lingesh, Borzo Malaysia menyaksikan jumlah penghantaran yang meningkat sehingga tiga kali ganda tahun-ke-tahun pada 2021.

“Tahun ini, Borzo Malaysia berhasrat meluaskan lagi tawarannya untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat perniagaan yang ingin meningkatkan lagi perniagaan mereka berikutan situasi ekonomi yang semakin pulih,” tambah beliau.

Kata Lingesh, selain perancangan untuk menyediakan struktur harga yang menarik untuk penghantaran hari yang sama bagi syarikat-syarikat perniagaan, Borzo juga sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat perniagaan untuk menyediakan perkhidmatan penghantar khusus di lokasi mereka secara harian.

“Sebagai contoh, perniagaan yang mempunyai jumlah bungkusan atau dokumen yang besar untuk dihantar setiap hari boleh bekerjasama dengan kami untuk perkhidmatan khusus ini,” tambahnya.

Senarai klien Borzo di Malaysia terdiri daripada syarikat-syarikat perniagaan melibatkan pelbagai sektor dan industri. Sektor utama termasuklah perkhidmatan makanan dan minuman (F&B), bunga, barangan runcit, kedai kek, dan farmasi komuniti.

Syarikat itu kini beroperasi di 10 negara termasuk Brazil, India, Indonesia, Korea, Malaysia, Mexico, Filipina, dan Turki. Borzo mempunyai tiga juta pelanggan aktif, di mana 75 peratus daripadanya merupakan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×