Kombinasi putih dan emas, percik gaya mewah - Utusan Malaysia

Kombinasi putih dan emas, percik gaya mewah

Pencahayaan aspek mustahak membangkitkan ruang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sudah berkira-kira mahu kediaman warna yang bagaimana? Tidak dinafikan elemen warna memainkan peranan utama dalam dekorasi sesebuah kediaman.

Bagi yang gemarkan gaya mewah, warna dinding serta perabot keemasan sentiasa menjadi pilihan utama dalam membangkitkan suasana eksklusif.

Bagaimanapun, bagi unit pameran Wandervale yang berpusat di Singapura, percubaan berani menggabungkan rona emas dan warna tanah ternyata berjaya membangkitkan suasana yang lebih mewah serta elegan.

Gabungan dua rona ini sebagai asas melalui penggunaan kayu walnut dan perabot berona emas mampu mencipta keseimbangan cahaya selain mencipta efek pantulan cahaya memukau dan mewah.

Tidak hanya itu, penggunaan teknik gabungan cahaya warna emas dan putih turut membangkitkan lagi suasana mewah pada keseluruhan ruang dan hiasan dalaman.

Limpahan cahaya mewah berkenaan tampak sesuai dipadankan dengan perabot daripada material kayu dan berona emas pada ruang kediaman.

Bagi aspek ruang pula, unit berkenaan menggunakan perabot elegan dengan kusyen berwarna putih yang dialas menggunakan permaidani tekstil unik memberi ilusi ruang lebih luas dan selesa.

Ruang bertambah menarik dengan hiasan seni geometri tempatan dan tradisional yang digunakan pada pemisah ruang kaca dan meja sisi ruang tamu.

Reka bentuk itu juga memaksimumkan sepenuhnya dinding bertekstur supaya selaras dengan perabot dan hiasan mewahnya.

Selain itu, dinding bertekstur di bahagian ruang makan dan ditambah dengan cermin untuk efek pantulan turut membuatkan kawasan berkenaan kelihatan luas dan selesa untuk menjamu selera seisi keluarga.

Setiap kemasan dan tekstur yang senada itu secara tidak langsung memberikan nilai estetik tambahan kepada kediaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×