Bila diskriminasi gender akan berakhir? - Utusan Malaysia

Bila diskriminasi gender akan berakhir?

Ada pandangan sterotaip wanita solehah adalah yang hanya duduk di rumah mengurus anak-anak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) mendedahkan diskriminasi gender masih berlaku dengan 56 peratus wanita pernah mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk ketidakadilan di tempat kerja.

Ketua Kempen WAO, Natasha Dandavati berkata, ditanya soalan tidak wajar, melakukan kerja yang tidak dilakukan lelaki seperti membancuh minuman dan tidak naik pangkat walaupun berkelayakan adalah sebahagian isu dibangkitkan.

Malah semasa melalui sesi temuduga seramai 47 peratus wanita pernah ditanya mengenai status perkahwinan dengan satu daripada lima ditanya mengenai kemampuan melakukan tugas tertentu sebagai seorang wanita.

NATASHA DANDAVATI.

“Sebanyak 55 peratus memberitahu suami mendapat cuti paterniti kurang daripada satu minggu atau langsung tidak mendapat cuti paterniti.

“Ada juga mengatakan cuti paterniti diberikan adalah tidak mencukupi,” katanya mendedahkan hasil kajian Suara Wanita di Malaysia dalam Tinjauan Diskriminasi dan Gangguan di Tempat Kerja dijayakan WAO dengan agensi penyelidikan Vase.ai.

Tinjauan melibatkan lebih 1,000 responden itu bertujuan mendapatkan pemahaman dan pengalaman berhubung gangguan dan diskriminasi di tempat kerja.

Natasha berkata, hasil tinjauan itu menyokong keperluan perubahan dasar termasuklah meluluskan Pindaan Akta Pekerjaan 1955 pada sesi Parlimen akan datang.

“Isu berkaitan cuti bersalin, cuti paterniti dan dasar lain yang memberikan tanggungjawab penjagaan bersama lebih setara adalah suatu keperluan di mana ia mampu mengekalkan wanita dalam sektor pekerjaan.

Lebih-lebih lagi Bank Dunia mendedahkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita 2019 adalah sebanyak 55 peratus jauh di bawah kadar penyertaan tenaga kerja lelaki sebanyak 81 peratus,” katanya.

Justeru katanya, tinjauan itu diharap dapat memberi perubahan kepada golongan wanita pada masa depan.

Kaji selidik ini juga adalah sebahagian daripada kempen #ABetterCountryForWomen yang dikonseptualisasikan oleh WAO dan agensi perhubungan awam dan komunikasi, Perspectives Startegies, untuk menyeru pindaan Akta Pekerjaan 1995. Kerja-kerja advokasi WAO disokong oleh Yayasan Sime Darby.

CADANGAN PEMBAIKAN:
* Perkenalkan sekurang-kurangnya tujuh hari cuti paterniti berbayar di sektor swasta.

* Tambah cuti bersalin berbayar di sektor swasta daripada 60 kepada 90 hari.

* Perkenalkan larangan diskriminasi berasaskan jantina, kaum, agama dan status ketidaupayaan bagi pekerja dan pencari kerja.

* Memberi hak memohon waktu kerja anjal.

* Kukuhkan perlindungan terhadap gangguan seksual dalam Akta Pekerjaan 1955, selain meluluskan Akta Gangguan Seksual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×