Ahli MPT Bersatu desak ambil tindakan terhadap Zuraida

Ahli MPT Bersatu desak ambil tindakan terhadap Zuraida

zuraida
ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meminta kepemimpinan parti itu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang didakwa tidak membantu berkempen sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ahli MPT Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman berkata, tindakan Zuraida tidak mempedulikan hal parti perlu dipandang serius.

“Saya berharap agar kepemimpinan Bersatu tak pandang ringan dalam hal ini, secara halus hakikatnya watak ini tidak bersama dengan perjuangan Bersatu lagi kerana beliau telah mengkhianati parti walaupun tidak dinyatakan secara terang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PRN Johor pun dia tidak turun, dia pergi berkempen pun tak ada. Ini bermakna beliau bukan bersama PN. Itu sangat ke­tara. Zuraida memang tak bantu, melainkan kalau dia turun pun atas kuasa dia mewakili kementerian. Kalau parti, memang tidak ada kena mengena.

“Kita beranggapan satu tindakan serius terhadap Zuraida perlu diambil,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Zuraida disingkirkan dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu ekoran kontroversi yang melanda pemimpin itu.

Menurut sumber, kumpulan WhatsApp itu dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kumpulan WhatsApp ini terdiri daripada presiden sehingga ke bawah.

“Semua yang ada dalam mesyuarat itu bersetuju dengan tindakan untuk keluarkan Zuraida, sebab kita tidak mahu ada watak-watak yang tidak setia dengan parti,” dakwa sumber sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×