Pandemik Covid-19 membuatkan kita lebih peka terhadap kehadiran serta jangkitan virus dan kuman.
Ekoran varian Omicron yang mudah merebak berbanding varian-varian lain sebelum ini, seluruh dunia kini bertarung dalam menangani gelombang keempat pandemik tersebut. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan varian Omicron juga kian meningkat.
Bagaimanakah kita dapat melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus dan kuman, pada masa sama menjadikan ruang kediaman, kerja atau belajar satu zon bersih?
Pertama sekali, ketahui apakah elemen yang sedang depani. Covid-19 adalah satu virus pernafasan yang boleh tersebar menerusi titisan cecair daripada tubuh.
Ini berlaku apabila penghidap virus berkenaan batuk, bersih atau menyentuh muka mereka dan seterusnya memegang suatu permukaan. Oleh itu, anda disarankan menggunakan disinfektan. Sebelum itu, pastikan anda sentiasa sentiasa mematuhi arahan pada label produk bagi penggunaan yang betul.
Rangkaian disinfeksi Clorox Expert membantu kita mendisinfeksi kediaman, tempat kerja, sekolah atau universiti secara profesional.
Dihasilkan dengan komponen yang digunakan dalam rangkaian Clorox bagi kegunaan hospital dan perkhidmatan perubatan, rangkaian terbaharu, yang menerima pengiktirafan EPA, ini membunuh 99.9% virus dan bakteria dalam masa seminit.
Ia juga dapat menyingkirkanvirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19. Memberikan hasil profesional dan pembersihan yang rapi, ia adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kebersihan ruang anda daripada kuman dan virus termasuk Covid-19.
Ia boleh digunakan secara sembur atau mengelap pada tempat tertentu yang kita perlukan.
Item bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih berpotensi terkena titisan cecair tubuh sama daripada diri sendiri atau individu sekeliling.










