Suara angkat bahasa Melayu bergema

Suara angkat bahasa Melayu bergema

USAHA memartabatkan bahasa Melayu turut dibahas dalam persidangan sayap Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini satu delegasi yang terdiri daripada tokoh-tokoh bahasa terkemuka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bangunan Parlimen bagi menyuarakan hasrat rakyat terhadap perlunya kerajaan bertegas dalam usaha pemerkasaan bahasa Melayu.

Rakyat terutamanya peminat dan pejuang bahasa Melayu amat berbangga dan menyanjung tinggi Ismail Sabri menggunakan bahasa Melayu dalam ucapan sempena lawatan rasmi ke Brunei, Kemboja dan Thailand.

Kesanggupan beliau menggunakan bahasa Melayu dalam urusan diplomasinya adalah julung-julung kalinya dilakukan oleh seorang perdana menteri Malaysia sekali gus menyerlahkan hasratnya memartabatkan bahasa itu ke peringkat antarabangsa.

Malah beliau juga berjanji bahawa akan mengambil daya usaha dan tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam hubungan dengan negara-negara lain di peringkat diplomatik.

Sebelum ini, ada pihak yang meluahkan rasa kejanggalan terhadap hasrat Ismail Sabri untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam negara dan ke peringkat diplomasi.
Perlu sedar bahawa Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan, jelas terkandung dan peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta bahasa Kebangsaan. Malah Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib, Akta Bahasa 1963 dan Akta Bahasa 1967 yang diluluskan Parlimen juga jelas mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa teras dalam institusi pendidikan tempatan. Lebih-lebih lagi Perkara 159 (5) menguat dan mengukuh dan memperkasa Perkara 152 dengan peruntukan khas di mana tidak boleh meminda Perkara 152 tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

PAU 2021
Umumnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) memperbahas dan bincang hal-hal berkaitan dengan hak orang Melayu serta kedaulatan bahasa Melayu, malah suara para perwakilan dan keputusan PAU diambil kira dalam membentuk dasar kerajaan.

Pemuda UMNO tahun 60an pernah mendesak kerajaan tegas dalam memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. PAU kali ini turut bergema dengan suara para perwakilan menuntut kerajaan tegas dalam merealisasikan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Apakah para perwakilan semasa akan mendesak kerajaan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bukan sahaja bahasa Keluarga Malaysia malah menobatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa diplomasi?

Pada masa yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), agensi kerajaan yang diamanahkan mengembangkan bahasa itu dalam negara bukan sahaja menggalakan penulisan buku-buku Sains dan Teknologi tetapi sejarah politik yang berkisar asal-usul negara dalam usaha mengatasi fenomena polarisasi kaum yang semakin menular dalam kalangan warga Malaysia.-UTUSAN

DATUK M. Periasamy ialah penganalisis soisopolitik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×