‘Asalkan Menteri Besar daripada pasukan sama’

‘Asalkan Menteri Besar daripada pasukan sama’

UMNO sebuah parti yang menghormati institusi raja. - Akmal Saufi Mohamed Khaled
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

KETIKA Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Barisan Nasional (BN) mencadangkan nama Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad sebagai calon Menteri Besar. Bagaimanapun tiga hari kemudian, selepas kemenangan besar, nama lain iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi pula terpilih.

Menghuraikan perkara itu kepada wartawan Utusan Malaysia, JUANI MUNIR ABU BAKAR dan ASLINDA NASIR, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru, AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED menafikan UMNO dan BN menipu rakyat dan menjelaskan pelantikan Menteri Besar merupakan bidang kuasa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Benarkah pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi jadi polemik UMNO Johor?
Kita jelas di peringkat BN bahawa Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad merupakan calon Menteri Besar Johor, tetapi juga kita kena ambil kira dalam Undang-Undang Tubuh Negeri berkenaan kuasa melantik Menteri adalah Sultan. Sejauh mana kemahuan mandat rakyat, kita kena hormati perlembagaan negeri. Dalam perkara ini, Sultan Johor ada kuasa memilih.

Maka ini jadi isu kepada UMNO?
Dalam keadaan ini, UMNO sebuah parti yang menghormati institusi raja dan kita percaya mungkin calon yang dilantik bukan calon asal, tapi kita tahu pasukannya tetap sama iaitu UMNO dan BN. Jadi saya berpandangan UMNO boleh berkompromi dan menerima pilihan Tuanku ini.

Wujudkan perpecahan dalam UMNO Johor?
Tidak, selagi mana Datuk Seri Hasni dan Datuk Onn Hafiz bergandingan sebagai satu kumpulan kita pasti ia akan meredakan rasa tidak puas hati dan tertanya-tanya rakyat. Tetap satu pasukan sama, cuma ya mungkin berlaku pertukaran formulasi pasukan.

Ramai cakap UMNO tipu rakyat pelantikan Menteri Besar?
Tidak. Asalkan satu pasukan sama dan bukannya melantik daripada parti lain. Namun kita faham ada rakyat tidak faham dan ini perlu dijelaskan selagi mana Datuk Hasni dan Datuk Onn bergandingan sebagai satu kumpulan. Kita tetap satu pasukan, jadinya tidak menjadi masalah.

Jadi apa seterusnya selepas ini?
Politik UMNO Johor sangat matang. Kita hormati proses undang-undang dengan pelantikan Menteri Besar merupakan bidang kuasa Sultan. Asalkan orang pasukan sama, bukannya kita ambil daripada parti lain. Saya berpandangan tiada isu dalam soal ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN