Hanya UMNO parti Melayu bela bangsa, kata Mohamad Hasan - Utusan Malaysia

Hanya UMNO parti Melayu bela bangsa, kata Mohamad Hasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti Melayu lain selain UMNO tidak sama sekali dapat memainkan peranan membela bangsa itu.

Beliau dalam masa yang sama turut menyifatkan UMNO bukan sekadar parti politik, sebaliknya sebuah institusi Melayu yang tidak boleh bergantung harap dan belas kasih pihak lain.

“UMNO mesti memenangi pilihan raya dengan majoriti yang besar untuk membentuk kerajaan yang stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berhenti lah ya, tak payahlah menagih segala nyawa dan dukungan daripada parti seteru kita, demi hendak menguruskan kerajaan. UMNO tidak boleh bergantung harap kepada kasihan dan belas orang lain,” katanya dalam ucapan Perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam ini.

Dalam pada itu Mohamad berkata, UMNO mesti menampilkan kepimpinan kerajaan yang mendapat mandat yang padu, berwibawa dan mampu memacu pembangunan Malaysia dengan lebih berganda.

“Kepimpinan yang berprestasi dan berpengalaman serta yang boleh mengemudi Malaysia menjadi negara sederhana yang berpengaruh dan maju.

“Adalah sangat penting di mana dasar UMNO boleh diterjemahkan menjadi dasar kerajaan. Yang mana parti dan kerajaan akan seiring sejalan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN