Bincang secara ilmiah tukar nama Georgetown, Butterworth

Bincang secara ilmiah tukar nama Georgetown, Butterworth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang disaran menganjurkan persidangan atau simposium untuk membincangkan secara ilmiah, mengumpul pendapat dan fakta sejarah berkaitan nama asal Georgetown dan Butterworth.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Keilmuan Nasional Pulau Pinang (KNPP), Azdy Mohd. Arshad berkata, persidangan atau simposium itu perlu melibatkan pakar-pakar sejarah; pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO); pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Kita berharap daripada perbincangan tersebut, satu keputusan dapat dicapai dan dipersetujui dalam menukar nama kedua-dua kawasan ini.

“Ini memerlukan usaha berterusan dan kolektif daripada pelbagai pihak supaya desakan penukaran nama ini menjadi kenyataan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, cadangan pertukaran nama yang diberikan penjajah seperti Georgetown dan Butterworth sangat bertepatan bagi menonjolkan imej dan keaslian sebagai sebuah negeri yang sudah sekian lama bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.

Jelas beliau, sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya setempat yang tersendiri, pertukaran nama itu adalah amat wajar dan bertepatan.

“Jadi, sudah tiba masanya nama Georgetown dan Butterworth ditukar kepada nama asal sebelum kedatangan penjajah iaitu Tanjong Penaga dan Bagan,” katanya.

Tambahnya, KNPP menyeru pihak berkuasa khususnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk melihat perkara itu secara serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi merealisasikan usaha tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN