Kereta sorong bayi: Pilih cantik atau selamat? - Utusan Malaysia

Kereta sorong bayi: Pilih cantik atau selamat?

Kereta sorong turut membantu memberikan perlindungan kepada bayi daripada sinar matahari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baby stroller, kereta tolak atau kereta sorong. Apa sahaja namanya yang pasti, ia amat penting apabila anda membawa anak kecil berjalan-jalan.

Ada banyak jenis kereta sorong yang boleh dibeli pada hari ini dengan setiap jenis mempunyai rekaan dan fungsi tertentu.

Penggunaan kereta sorong merupakan antara perkara yang sering menjadi pertimbangan ibu bapa apabila keluarga mula berkembang. Ia juga adalah salah satu cara terbaik mengendalikan bayi yang sedang dalam proses tumbesaran.

Ini kerana kereta sorong membantu menyediakan kemudahan dan keselesaan bergerak untuk bayi.

Ia turut menawarkan cara terbaik untuk menjaga dan membawa bayi.

Sememangnya kita mempunyai pilihan dan boleh mendukung anak ketika berjalan di pusat beli-belah tetapi akan tiba satu tempoh ibu mungkin akan berasa letih, atau mungkin ingin memilih barang dan anak memerlukan ruang selesa untuk tidur sewaktu berjalan.

Jadi, kereta sorong adalah jawapan paling tepat untuk digunakan.

Dalam pada itu, penghasilan kereta sorong bukan sahaja untuk memudahkan ibu bapa yang mempunyai bayi kecil, tetapi ia juga dihasilkan dalam bentuk yang dapat menampung kanak-kanak yang lebih besar, malahan terdapat juga kereta sorong yang boleh membuatkan lebih daripada seorang anak.

UTAMAKAN KESELAMATAN
Lebih mengujakan, dengan penggunaan bahan yang berkualiti tinggi dan memenuhi standard keselamatan, kereta sorong menawarkan penggunaan yang berbaloi.

Terdapat kereta sorong yang turut boleh digunakan sebagai kerusi bayi dalam kereta (car-seat) dan pastinya ia dilengkapi dengan ciri keselamatan untuk bayi.

Jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai keselamatan bayi selagi ada individu dewasa yang mengawasinya.

Kita mungkin jarang melihat ibu bapa membawa atau menggunakan kereta sorong untuk membawa anak kecil atau bayi mereka bersiar-siar di taman, selalunya hanya di pusat beli-belah maka penggunaan kanopi untuk perlindungan matahari mungkin tidak begitu diperlukan.

Tetapi situasi ini berbeza dengan kebanyakan ibu bapa di Barat sering membawa anak mereka bersiar di taman, jadi penggunaan kereta sorong dengan kanopi adalah sangat penting.

Ia membantu memberikan perlindungan kepada bayi daripada sinar matahari. Terdapat pelbagai pilihan saiz kanopi yang boleh anda dapatkan, bersesuaian dengan keperluan anda.

Setiap kereta sorong mempunyai ruang penyimpanan. Kebiasaannya ia boleh didapati pada bahagian bawah kereta sorong. Ini sekali gus membantu ibu bapa dengan memberikan tempat atau ruang untuk meletakkan barangan keperluan bayi atau anak anda seperti lampin pakai buang, pakaian salin, tisu basah dan sebagainya.

Malah, ibu bapa juga boleh menggantungkan beberapa beg pada bahagian pemegang kereta sorong.

Namun, anda harus berwaspada, agar tidak meletakkan bebanan secara berlebihan pada pemegang dan ruang penyimpanan demi langkah-langkah keselamatan.

Kelebihan kereta sorong kembar
Membolehkan anak-anak duduk bersebelahan (side-by-side) atau pun depan belakang (tandem).
 
Kereta sorong bayi jenis side-by-side sesuai bagi bayi yang mempunyai berat badan yang sama.

Tetapi jenis ini mungkin sukar dikendali apabila sering keluar masuk pintu.

Terdapat juga kereta sorong bayi yang muat tiga atau empat anak, tetapi kereta sorong jenis ini sukar ditemui dan harganya lebih mahal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×