Segerakan PRU-15 - Shafie

Segerakan PRU-15 – Shafie

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Parlimen perlu dibubarkan segera untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana kedudukan politik negara masih dalam keadaan tidak stabil.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, malah negara kini kehilangan pelaburan yang bukan sahaja dari luar tetapi juga dalam negara.

“Saya berpandangan sepatutnya (mengadakan PRU-15), bukan hanya hendak kestabilan di peringkat negeri tetapi nasional dan mahu pulih imej negara ini. Kita kehilangan pelabur bukan sahaja luar, tetapi dalam negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah memang sekarang ketara pelabur lari dan tidak mahu melabur kerana tiada kestabilan. Daripada melabur RM100 juta, baik dia simpan dalam bank daripada melabur yang akhirnya tiada jaminan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mohd. Shafie, sekiranya Barisan Nasional (BN) memberi alasan keperluan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana mahu kestabilan, perkara sama perlu dilakukan di peringkat Pusat memandangkan kerajaan sekarang berada dalam keadaan majoriti tipis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×