Elak rambut berbau biarpun bertudung - Utusan Malaysia

Elak rambut berbau biarpun bertudung

WALAUPUN bertudung, rambut yang ditutup perlu kekal cantik dan sihat dengan penjagaan rapi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WANITA berhijab sering mempunyai masalah yang sama iaitu mengalami kegatalan pada kulit kepala, rambut kusam dan tidak bermaya, kepam atau berbau kerana bertudung sepanjang hari.

Apabila lebih banyak berpeluh, sebum juga akan terkumpul di kulit kepala yang menyebabkan kerengsaan dan kegatalan pada kulit kepala sehingga merosakkan rambut.

Rambut yang diikat terlalu lama juga akan membuatkan cepat patah atau rapuh dan putus serta mengakibatkan keguguran.

Jika dahulu, wanita berhijab kurang menitikberatkan gaya rambut ketika bertudung namun kini tidak lagi. Walaupun bertudung, rambut yang ditutup itu perlu kekal cantik dan sihat.

Ikuti lima tips mudah dan efektif untuk golongan berhijab tampil lebih yakin tanpa risau kulit kepala gatal dan rambut yang kusam.

1) Gunakan syampu antipruritik
Syampu dengan ciri-ciri antipruritik yang berkesan melawan bakteria dapat mengurangkan kerengsaan dan kulit kepala yang gatal manakala asid linoleik berkonjugat (CLA) mengimbangi tahap pH kulit kepala, seterusnya mengurangkan rembesan minyak bagi keselesaan berpanjangan.

Jadi, ambil sedikit masa untuk membaca label pada syampu dan ketahui kandungan utamanya bagi memastikan ia pilihan tepat.

2) Elak rambut panjang dan mengikat ketat
Semasa berhijab sudah tentu rambut diikat kemas. Namun rambut yang panjang dan tebal akan menyebabkan pertambahan lapisan di sekeliling kepala. Ini seterusnya meningkatkan haba yang terkumpul dan menjadikan kepala terasa lebih panas.

Rambut yang diikat sepanjang hari, akan melemahkan akar rambut. Memotong rambut sedikit pendek atau menipiskan rambut yang tebal adalah pilihan baik.

3) Pilih tudung jenis kapas dan sutera
Material tudung yang digunakan juga boleh menyebabkan rambut cepat rosak. Inner atau tudung daripada fiber sintetik selalunya lebih kasar terhadap rambut apabila bergesel. Jika dibiarkan, folikel rambut akan rosak. Fiber sintetik juga menghalang kulit daripada bernafas, seterusnya menyebabkan pengumpulan sebum pada kulit kepala.

Pilihlah material inner dan tudung yang diperbuat daripada fiber semulajadi seperti kapas dan sutera yang menjadikan kepala lebih sejuk. Fiber semulajadi bersifat lut udara dan menyenangkan kulit bernafas, sekali gus membuatkan rambut terasa lebih ringan dan sihat kerana ia tidak dibebani peluh dan sebum.

4) Selalu Basuh dan ganti anak tudung
Seharian bertudung pastilah inner yang dipakai bertukar kepada bau yang tidak menyenangkan. Lapisan inner mungkin nampak nipis dan lebih lut udara, tapi ia bersentuhan terus dengan rambut dan kulit kepala mengakibatkan banyak peluh dan kotoran akan berkumpul. Menukar dan mencuci inner selalu akan menjadikan rambut bebas dari minyak dan kurang kusam.

5) Gunakan semburan khas vitamin B5
Pelbagai produk kesihatan rambut khas untuk wanita berhijab terdapat di pasaran. Semburan rambut yang diformulasi khusus seperti pelbagai mineral dan vitamin B5 yang berupaya menjadikan rambut lebih lembut dan bersinar serta berbau harum.

Jika mempunyai masalah kulit kepala yang gatal, semburan rambut dengan pati buah delima mampu menghalang pembiakan bakteria dan memastikan kulit kepala sihat. Malah Green Tea Anti-Frizz Hair Mist, Follow Me turut membantu meringankan masalah rambut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN