Tips mudah pilih topi untuk kanak-kanak

Tips mudah pilih topi untuk kanak-kanak

kanak-kanak
Muhamad Nazmi Faiz menggayakan topi premium.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAIN dewasa, kanak-kanak juga pasti teruja untuk kelihatan bergaya dengan mengenakan pelbagai pilihan fesyen yang berada di pasaran.

Justeru tidak hairan ramai ibu bapa mahukan keterampilan terbaik untuk anak mereka menerusi pakaian yang digayakan si kecil termasuklah pemilihan aksesori seperti topi.

Pengasas Cap Store 515, Khairi Tarmizi Abdul Khalid, berkata topi kanak-kanak antara aksesori fesyen mendapat sambutan hangat.

Katanya, kebanyakan rekaan topinya yang dijual dalam talian menampilkan watak kartun popular seperti tasmanian, daffy duck, iron man dan captain America.

“Kami menjual topi premium menggunakan fabrik berkualiti untuk memberi keselesaan kanak-kanak yang memakainya.

“Pemilihan material fabrik atau kain bersesuaian juga amat penting lantaran kulit mereka lebih sensitif.

Umumnya topi menggunakan dua bahan berbeza iaitu poly canvas dan sthenolid. Bahan ini selesa walaupun dalam cuaca panas,” ujarnya.

Antara topi yang mendapat sambutan ialah snapback kerana visornya tidak melengkung.

“Ramai artis seluruh dunia sering dilihat memakai topi potongan sebegini. Ia turut mempengaruhi selera remaja dan kanak-kanak.

Selain snapback, terdapat rekaan topi lain seperti trucker, bucket hat, the panama dan topi flat tetapi jarang digayakan oleh kanak-kanak.

Dalam pada itu, topi bukan sahaja menjadi pelengkap fesyen, tetapi turut menjadi pelindung cahaya matahari,” jelasnya.

Oleh kerana keselesaan sentiasa menjadi fokus, koleksi berkenaan dihasilkan boleh laras iaitu dilengkapi butang ubah suai.

Kebiasaannya, topi kanak-kanak sesuai dipakai seawal usia tiga hingga 12 tahun.  Dengan adanya pelengkap gaya itu, ibu bapa tidak perlu bimbang untuk memi­kirkan fesyen rambut anak-anak mereka khususnya pada waktu terdesak.

Jaga kebersihan topi:

1-Rol penggulung
Bersihkan topi menggunakan rol penggulung serat berpelekat. Ia dapat menanggalkan habuk atau debu melekat pada topi. Jika anda memakai topi hampir setiap hari, maka bersihkan ia sebanyak tiga atau empat kali seminggu.
Jangan sesekali menutup kepala dengan topi yang berhabuk kerana bimbang ia menjejaskan kondisi kulit kepala dan helaian rambut.

2-Bersihkan lidah topi
Gunakan kain yang telah direndam sabun mandi atau tisu basah untuk lap topi, khususnya pada bahagian lidahnya.
Bahagian terbabit antara ‘lubuk’ kotoran kerana anda akan memegangnya sama ada untuk memakai atau menanggalkan topi.

3-Simpan di rak topi
Bagi memastikan bentuk topi ‘tak lari’ simpan topi di tempat bersesuaian sama ada di rak gantung topi atau para kosong yang tidak sarat dengan pelbagai barang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN