Himpunan juadah 'viral' sempena Festival Makanan Melaka - Utusan Malaysia

Himpunan juadah ‘viral’ sempena Festival Makanan Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 21 Ogos – Para pengunjung dari dalam dan luar negara berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan bualan ramai yang terdapat di negeri ini sempena Festival Makanan Melaka 2019 pada 24 hingga 25 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, festival yang akan diadakan di Jalan Kota, Banda Hilir itu akan menjadi lokasi himpunan terbesar makanan ‘viral’ selain makanan tradisi yang terdapat di Melaka.

Menurutnya, Festival Makanan Viral Melaka adalah salah satu daripada lima segmen yang diperkenalkan sempena program tersebut selain segmen Taste of Melaka, Festival Makanan Kraf Melaka, Festival Trak Makanan Melaka dan Festival Vendor Melaka.

“Antara makanan tular yang akan ditonjolkan sempena festival itu termasuklah Coconut Shake Batu Berendam, Kuih Keria Antarabangsa, Manggo Float, Air Baoba, Kopi Tok Chai, Cikitang dan sebagainya.

“Orang ramai tidak perlu lagi untuk berjalan ke mereta tempat untuk merasai semua makanan ‘viral’ tersebut kerana ia boleh didapati di festival berkenaan,” katanya ketika sidang akhbar Festival Makanan Melaka 2019 dan Pelancaran Visit Truly Asia Malaysia 2020 peringkat negeri di Ayer Keroh, di sini sebentar tadi.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Zairi Suboh.

Selain itu jelas Muhamad Jailani, sebanyak 57 gerai makanan dan minuman akan dibuka sepanjang festival berkenaan selain pelbagai aktiviti diatur termasuk demo masakan dodol, kuih bahulu, kuih bakar, masakan tradisi Baba Nyonya, masakan Orang Asli dan demo masakan Melayu.

“Kita sasarkan kehadiran sebanyak 30,000 pengunjung dalam dan luar negara sepanjang dua hari festival berkenaan yang seterusnya mampu menyumbang pulangan ekonomi kepada peniaga dan negeri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×