Pencawang telekomunikasi terbakar - Utusan Malaysia

Pencawang telekomunikasi terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Ogos – Sebuah pencawang telekomunikasi dengan ketinggian 18 meter yang terletak berhampiran laluan ladang kelapa sawit di Jalan 93, Felda Sungai Sayong dekat Kulai terbakar semalam.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Rafi Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian menerusi talian MERS 999 pada 6.34 petang semalam dan menggerakkan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran pencawang telekomunikasi dan pihak bomba membuat pemadaman menggunakan dua unit alat pemadam api jenis debu kering kerana tiada akses untuk jentera masuk ke lokasi kebakaran.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada pukul 7.41 malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×