Suami isteri nyaris maut, kereta langgar lori - Utusan Malaysia

Suami isteri nyaris maut, kereta langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Sepasang suami isteri nyaris maut selepas kereta yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Asajaya, Sarawak kelmarin.

Memetik laporan portal Utusan Borneo, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan tersebut 7.43 malam.

Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya diketuai Mosli Salim dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati pemandu kereta (si suami) masih berada dalam kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) tersebut dan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan kepala.

“Manakala, penumpang wanita (isteri) kereta mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Klinik Kesihatan Asajaya,” katanya di sini, semalam.

Jelasnya, lelaki tersebut yang berjaya dikeluarkan dari dalam kereta oleh anggota bomba kemudian diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (PJHUS). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×